Assalamualaikum...
Apa khabar semua. Dah puasa ke 17 hari ini. Alhamdulillah. Bagi sesiapa yang masih tak tinggal puasa lagi tu, tahniah diucapkan. Eh? Kenapa nak tahniah pula? Puasa itu kan wajib bagi setiap umat Islam. Jadi tahniah itu saya tujukan khas kepada golongan yang paling kuat di dunia. Siapa? Golongan wanitalah. Sebab wanita kan ada waktu uzurnya. Jadi sesiapa yang belum dapat cuti tu, tahniahlah diucapkan. Peluang cerah tu untuk dapat puasa penuh. =) Saya? Rahsialah!
Kenapa pula wanita yang dapat gelaran golongan terkuat di dunia? Mari saya kongsikan satu cerita. Kawan sekerja (lelaki) saya ini pernah mengakui bahawa dia pernah berdoa bersungguh-sungguh untuk di'transfer'kan rasa sakit isterinya apabila isterinya bersalin yang sudah sangat hampir waktunya.
Apabila waktunya tiba, si isteri sudah tiba waktu untuk bersalin. Pada masa yang sama, si suami pula terjatuh (atau tergelincir kut) di masjid ketika mahu mengambil wudhu'. Katanya, rasa sakit jatuh itu, sangat-sangat sakit tak tergambar rasanya. Kesakitan yang sangat luar biasa bagi seorang lelaki. Rasanya seperti tulang belakangnya sudah patah dek kerana terkena bucu (?) lantai. Apabila diperiksa, tiada sebarang kepatahan tulang yang berlaku. Kepatahan? Apekah???
Berbeza dengan keadaan si isteri, beliau rilek je nak bersalin tu. Tahu-tahu baby dah keluar. Untunglahhh...
Cerita ini saya ceritakan kepada anda berdasarkan cerita si suami yang diceritakan kepada saya. ~.~
Adakah sememangnya rasa sakit itu telah di'transfer'kan kepada si suami? Atau rasa sakit ini adalah secara kebetulan? Wallahu'alam. Hanya Allah yang mengetahui rahsia di setiap kejadian.
Dan lagi satu kisah kekuatan seorang wanita. Wanita sangat kuat berjalan ketika shopping raya walaupun berpuasa. Yang ini memang kisah saya sendiri. Hahaha... Walaupun penat, rasa puas hati ini dapat membeli belah di Jalan TAR semalam. Terima kasih kepada Kak Nieza dan suami kerana setia menanti saya walaupun lama memilih. Hehehe...
Kak Nieza dan suami, sweet couple. =)
Banyak pilihan tudung murah-murah sampai berpinar mata nak memilih. @_@
Sampai di sini saja cerita saya hari ini. Akhir kata jangan lepaskan peluang untuk menyertai contest 3 Follower bertuah di [sini]. Setakat ini hanya beberapa follower yang telah mengikuti kriteria yang telah ditetapkan. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menyertainya ya!
Salam Ramadhan. Wassalam. =)
No comments:
Post a Comment