Sunday, August 5, 2012

Kesakitan seorang suami yang luar biasa.

Assalamualaikum...

Apa khabar semua. Dah puasa ke 17  hari ini. Alhamdulillah. Bagi sesiapa yang masih tak tinggal puasa lagi tu, tahniah diucapkan. Eh? Kenapa nak tahniah pula? Puasa itu kan wajib bagi setiap umat Islam. Jadi tahniah itu saya tujukan khas kepada golongan yang paling kuat di dunia. Siapa? Golongan wanitalah. Sebab wanita kan ada waktu uzurnya. Jadi sesiapa yang belum dapat cuti tu, tahniahlah diucapkan. Peluang cerah tu untuk dapat puasa penuh. =) Saya? Rahsialah!

Kenapa pula wanita yang dapat gelaran  golongan terkuat di dunia? Mari saya kongsikan satu cerita. Kawan sekerja (lelaki) saya ini pernah mengakui bahawa dia pernah berdoa bersungguh-sungguh untuk di'transfer'kan rasa sakit isterinya apabila isterinya bersalin yang sudah sangat hampir waktunya.

Apabila waktunya tiba, si isteri sudah tiba waktu untuk bersalin. Pada masa yang sama, si suami pula terjatuh (atau tergelincir kut) di masjid ketika mahu mengambil wudhu'. Katanya, rasa sakit jatuh itu, sangat-sangat sakit tak tergambar rasanya. Kesakitan yang sangat luar biasa bagi seorang lelaki. Rasanya seperti tulang belakangnya sudah patah dek kerana terkena bucu (?) lantai. Apabila diperiksa, tiada sebarang kepatahan tulang yang berlaku. Kepatahan? Apekah??? 

Berbeza dengan keadaan si isteri, beliau rilek je nak bersalin tu. Tahu-tahu baby dah keluar. Untunglahhh... 

Cerita ini saya ceritakan kepada anda berdasarkan cerita si suami yang diceritakan kepada saya. ~.~
Adakah sememangnya rasa sakit itu telah di'transfer'kan kepada si suami? Atau rasa sakit ini adalah secara kebetulan? Wallahu'alam. Hanya Allah yang mengetahui rahsia di setiap kejadian.

Dan lagi satu kisah kekuatan seorang wanita. Wanita sangat kuat berjalan ketika shopping raya walaupun berpuasa. Yang ini memang kisah saya sendiri.  Hahaha... Walaupun penat, rasa puas hati ini dapat membeli belah di Jalan TAR semalam. Terima kasih kepada Kak Nieza dan suami kerana setia menanti saya walaupun lama memilih. Hehehe...

Kak Nieza dan suami, sweet couple. =)

Banyak pilihan tudung murah-murah sampai berpinar mata nak memilih.  @_@

Sampai di sini saja cerita saya hari ini. Akhir kata jangan lepaskan peluang untuk menyertai contest 3 Follower bertuah di [sini]. Setakat ini hanya beberapa follower yang telah mengikuti kriteria yang telah ditetapkan. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menyertainya ya!

Salam Ramadhan. Wassalam. =)

Saturday, August 4, 2012

Ambil gambar duckface. Comelkah?

Assalamualaikum...

Anda pernah tengok tak kat facebook, wanita pakai tudung, ambil gambar sendiri, mata dibuka seluasnya yang boleh, kembungkan mulut, kepala senget 30 darjah? Waaah! SANGAT comel! kan kan kan?!

Anda rasa comel ke? Mungkin comellah bagi sesetengah orang. Tapi bagi saya, saya akan cakap begini, "Comelnyewww!" tapi dalam hati saya kata "Eiii, tolonglah!" 

Maaflah. Bukan saya nak kutuk. Tapi macam tak best la. Yelah. Anda dah memang cantik. Rasanya tak perlulah nak ambil gambar sampai macamtu sekali. Anda tak rasa macam sedang menagih komen "Comelnyewww" ke kat gambar tersebut?

"Eleh Fina, kau jeles cakap je la. Sebab kau tak cantik macam kitorang!"

Errr.. Memanglah saya tak cantik. Saya tahu anda memang cantik. Tapi kecantikan tu untuk siapa? Untuk penatap gambar yang ajnabi (orang yang bukan mahram) ke? Kalau bukan untuk ajnabi, cuba kita beri gambar itu kepada ayahanda kita. Agak-agak apa reaksi beliau? "Aloh comelnye anak bapak!" Yeke ayahanda kita akan kata begitu? I bet, beliau akan kata begini "Yang ekau menggodik ambik gambo gini apakeheynya? Dah tadok kojo ke?" Hahaha... kono ekau sobijik!

Sahabat. Terkadang saya sedih. Hijab (tudung). Cantik sekali kalian berhijab. Tapi tolonglah. Hijab dipakai untuk menutup auratmu. Bukan untuk membungkus kepalamu.

Shawl. Bagi saya tak salah untuk pakai selendang a.k.a shawl ni. Asalkan shawl itu menutup kepala dan dada. Tapi saya tengok sekarang ni dah bermacam-macam cara shawl tu dipakai. Macam-macam style. Bergaya sungguh. Terjuntai sana, terjuntai sini. Siap letak reben sana, reben sini.Cun! 

Tapi cuba kita tanya balik diri kita sendiri. Kita pakai shawl ni untuk apa? Untuk menutup aurat atau untuk bergaya? Biar semua orang tengok kita cantikkah?

Sahabat, tak salah untuk bergaya. Tapi bersederhanalah. Jangan sampai ajnabi lihat kita sampai tak kedip mata dan tiang depan mata pun boleh langgar. Parah dah tu!

Apapun, untuk yang dah bertudung tu, baguslah. Dah kurang satu dosa. Jadi mari kita tingkatkan lagi sikit amalan kita dengan menutup dada dengan tudung tu. Takpelah. Sedikit demi sedikit okeh?

p/s: Cantik tak gambar saya lukis? agak-agak lepas tak pertandingan melukis kat tadika dulu? Hihihi...

Wassalam.