Saturday, September 1, 2012

Cara-cara membuat roomate anda gila.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Semoga baik-baik saja. Anda rasa bosan tak ada kerja di bilik? Perasaan begini buat and rasa nak buat kerja gila seperti kenakan rakan sebilik anda? Mari saya berikan beberapa cadangan. :)

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa takde orang kat rumah. Unpack segala barang anda & pergi tidur.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati "horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama-lama dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat-kuat, "Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidur. Esoknya, kalau dia tanya, pura-pura tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil di lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura-pura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member-member sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dia dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, sepert kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. Cepat-cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada anda.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tidur, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dalam 10 bace yasin ramai-ramai. Bila roomate jaga pakat-pakat buat tak nampak apa-apa.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat.

p/s: mengenai pemenang contest 3 follower bertuah, saya akan umumkan pada waktu terdekat ini di post akan datang. Stay tuned. :)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, August 5, 2012

Kesakitan seorang suami yang luar biasa.

Assalamualaikum...

Apa khabar semua. Dah puasa ke 17  hari ini. Alhamdulillah. Bagi sesiapa yang masih tak tinggal puasa lagi tu, tahniah diucapkan. Eh? Kenapa nak tahniah pula? Puasa itu kan wajib bagi setiap umat Islam. Jadi tahniah itu saya tujukan khas kepada golongan yang paling kuat di dunia. Siapa? Golongan wanitalah. Sebab wanita kan ada waktu uzurnya. Jadi sesiapa yang belum dapat cuti tu, tahniahlah diucapkan. Peluang cerah tu untuk dapat puasa penuh. =) Saya? Rahsialah!

Kenapa pula wanita yang dapat gelaran  golongan terkuat di dunia? Mari saya kongsikan satu cerita. Kawan sekerja (lelaki) saya ini pernah mengakui bahawa dia pernah berdoa bersungguh-sungguh untuk di'transfer'kan rasa sakit isterinya apabila isterinya bersalin yang sudah sangat hampir waktunya.

Apabila waktunya tiba, si isteri sudah tiba waktu untuk bersalin. Pada masa yang sama, si suami pula terjatuh (atau tergelincir kut) di masjid ketika mahu mengambil wudhu'. Katanya, rasa sakit jatuh itu, sangat-sangat sakit tak tergambar rasanya. Kesakitan yang sangat luar biasa bagi seorang lelaki. Rasanya seperti tulang belakangnya sudah patah dek kerana terkena bucu (?) lantai. Apabila diperiksa, tiada sebarang kepatahan tulang yang berlaku. Kepatahan? Apekah??? 

Berbeza dengan keadaan si isteri, beliau rilek je nak bersalin tu. Tahu-tahu baby dah keluar. Untunglahhh... 

Cerita ini saya ceritakan kepada anda berdasarkan cerita si suami yang diceritakan kepada saya. ~.~
Adakah sememangnya rasa sakit itu telah di'transfer'kan kepada si suami? Atau rasa sakit ini adalah secara kebetulan? Wallahu'alam. Hanya Allah yang mengetahui rahsia di setiap kejadian.

Dan lagi satu kisah kekuatan seorang wanita. Wanita sangat kuat berjalan ketika shopping raya walaupun berpuasa. Yang ini memang kisah saya sendiri.  Hahaha... Walaupun penat, rasa puas hati ini dapat membeli belah di Jalan TAR semalam. Terima kasih kepada Kak Nieza dan suami kerana setia menanti saya walaupun lama memilih. Hehehe...

Kak Nieza dan suami, sweet couple. =)

Banyak pilihan tudung murah-murah sampai berpinar mata nak memilih.  @_@

Sampai di sini saja cerita saya hari ini. Akhir kata jangan lepaskan peluang untuk menyertai contest 3 Follower bertuah di [sini]. Setakat ini hanya beberapa follower yang telah mengikuti kriteria yang telah ditetapkan. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menyertainya ya!

Salam Ramadhan. Wassalam. =)

Saturday, August 4, 2012

Ambil gambar duckface. Comelkah?

Assalamualaikum...

Anda pernah tengok tak kat facebook, wanita pakai tudung, ambil gambar sendiri, mata dibuka seluasnya yang boleh, kembungkan mulut, kepala senget 30 darjah? Waaah! SANGAT comel! kan kan kan?!

Anda rasa comel ke? Mungkin comellah bagi sesetengah orang. Tapi bagi saya, saya akan cakap begini, "Comelnyewww!" tapi dalam hati saya kata "Eiii, tolonglah!" 

Maaflah. Bukan saya nak kutuk. Tapi macam tak best la. Yelah. Anda dah memang cantik. Rasanya tak perlulah nak ambil gambar sampai macamtu sekali. Anda tak rasa macam sedang menagih komen "Comelnyewww" ke kat gambar tersebut?

"Eleh Fina, kau jeles cakap je la. Sebab kau tak cantik macam kitorang!"

Errr.. Memanglah saya tak cantik. Saya tahu anda memang cantik. Tapi kecantikan tu untuk siapa? Untuk penatap gambar yang ajnabi (orang yang bukan mahram) ke? Kalau bukan untuk ajnabi, cuba kita beri gambar itu kepada ayahanda kita. Agak-agak apa reaksi beliau? "Aloh comelnye anak bapak!" Yeke ayahanda kita akan kata begitu? I bet, beliau akan kata begini "Yang ekau menggodik ambik gambo gini apakeheynya? Dah tadok kojo ke?" Hahaha... kono ekau sobijik!

Sahabat. Terkadang saya sedih. Hijab (tudung). Cantik sekali kalian berhijab. Tapi tolonglah. Hijab dipakai untuk menutup auratmu. Bukan untuk membungkus kepalamu.

Shawl. Bagi saya tak salah untuk pakai selendang a.k.a shawl ni. Asalkan shawl itu menutup kepala dan dada. Tapi saya tengok sekarang ni dah bermacam-macam cara shawl tu dipakai. Macam-macam style. Bergaya sungguh. Terjuntai sana, terjuntai sini. Siap letak reben sana, reben sini.Cun! 

Tapi cuba kita tanya balik diri kita sendiri. Kita pakai shawl ni untuk apa? Untuk menutup aurat atau untuk bergaya? Biar semua orang tengok kita cantikkah?

Sahabat, tak salah untuk bergaya. Tapi bersederhanalah. Jangan sampai ajnabi lihat kita sampai tak kedip mata dan tiang depan mata pun boleh langgar. Parah dah tu!

Apapun, untuk yang dah bertudung tu, baguslah. Dah kurang satu dosa. Jadi mari kita tingkatkan lagi sikit amalan kita dengan menutup dada dengan tudung tu. Takpelah. Sedikit demi sedikit okeh?

p/s: Cantik tak gambar saya lukis? agak-agak lepas tak pertandingan melukis kat tadika dulu? Hihihi...

Wassalam.